Kuasa minda atau tenaga minda mula mendapat perhatian lebih daripada sedekad yang lalu di mana masyarakat mempelajari dan mengamalkan kuasa minda untuk berjaya dalam pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, kesihatan serta pendidikan.

Dalam gelombang minda ini, terdapat empat jenis gelombang secara asasnya yang mempunyai peranan dan frekuensi yang berbeza-beza iaitu gelombang Delta, Theta, Alpha dan Beta.

Gelombang Alpha merupakan gelombang yang sangat diingini bagi setiap insan yang tahu tentang ilmu minda. Pada tahap ini, otak kita berada dalam keadaan rehat, tenang serta tidak memikirkan segala perihal masalah yang sebelum ini membelenggu akal fikiran kita.

Bagaimana Mendapatkan Gelombang Alpha?

Gelombang Alpha terhasil sewaktu minda kita berada dalam keadaan separa sedar iaitu pada frekuensi 9Hz hingga 13Hz. Pada keadaan ini kita dapat merasakan ketenangan, relaks, kreatif serta otak kita mampu memberikan banyak manfaat yang dominan.

Sebagai seorang hamba Allah, kita sangat beruntung kerana kita tidak perlu pergi jauh untuk dapat merasakan kehadiran gelombang ini. Gelombang Alpha sebenarnya boleh dipancing melalui solat.

Banyak kajian telah dilakukan sama ada di timur atau di barat yang menunjukkan bahawa isyarat ketenangan gelombang Alpha pada otak ada pada setiap posisi solat. Kehadiran gelombang Alpha dalam 17 rakaat sehari bisa menghilangkan keresahan dunia yang menghambat kita kerana sewaktu bersolat, kita meninggalkan segala perihal dunia di belakang kita dengan syarat solat tersebut disertakan dengan kekhusyukan.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, otak mengeluarkan frekuensi gelombang Alpha yang agak jelas ketika dalam posisi sujud.

Kekhusyukan Menghadirkan Ketenangan

Kita bukan sekadar menghadirkan diri kita di dalam solat tetapi kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita untuk menghadap Allah, Tuhan Maha Pemberi Ketenangan. Kita menghayati setiap bacaan dalam solat, kita berzikir bertasbih memuji serta kita berdoa dengan tulus yang lahir dari hati.

Setiap perbuatan di dalam solat memerlukan penumpuan dan otak kita kekal fokus mencetuskan gelombang Alpha. Tahukah kita bahawa gelombang ini paling tinggi terhasil saat kita sujud? Bahkan, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa:

“Tempat paling dekat di antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu.” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Saat gelombang Alpha terpancar dalam bersolat, saat itulah kita merasakan ketenangan, kita bersungguh-sungguh berdoa memohon setiap apa yang dihajatkan. Segalanya lahir dari hati kita dengan penuh keikhlasan dalam kekhusyukan.

Munajat di Sepertiga Malam

Keheningan di sepertiga malam juga mampu memberikan kedamaian bagi setiap insan yang bangun untuk bersolat menghadap Tuhan. Pada waktu ini Allah yang Maha Tinggi akan turun ke langit dunia untuk memperkenankan segala permintaan hamba-Nya.

Dan pada waktu inilah gelombang Alpha akan membantu kita untuk berdoa dengan kreatif serta ikhlas dari hati kita. Bahkan bisa mengalir air mata saat kita bersujud memohon keampunan dari-Nya.

Hebatnya suasana sepertiga malam juga diakui oleh bekas Presiden Starbucks iaitu Michelle Gass. Menurut Entrepreneur.com, Gass bangun seawal 4.30 pagi untuk bersenam serta menyegarkan fikiran dengan menjemput gelombang Alpha. Gass berjaya menjadi Presiden Starbucks selama 15 tahun dan menjalani kehidupan yang teratur dalam meningkatkan produktiviti serta berjaya mengembangkan perniagaannya.

Sesungguhnya telah dijamin bahawa dalam solat ada ketenangan, dalam solat ada kebahagiaan. Bangunlah seawal pagi untuk bersolat kerana Nabi Muhammad s.a.w juga telah berdoa kepada kita sebagai umatnya:

“Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

 
 
Rujukan:
M. R. P. Chek, Kuasa Minda Separa Sedar, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2006.
D. D. Z. Abidin, Menjadi Ulul Albab, Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd., 2015.


Kongsikan Artikel Ini

Eksklusif

Sejadah Mini Eksklusif

Memberikan keselesaan ketika sujud dan mampu menyerap tekanan pada bahagian dahi, hidung dan tapak tangan dengan sangat baik.

Berkaitan


Umum

Disebalik Rahsia Solat Wustho

Hamka, di dalam kitabnya Tafsir Al-Azhar menyebut bahawa Syed Muhammad Abduh menyatakan yang orang Arab terdahulu sangat suka lalai sewaktu masuk Solat..

Umum

Orang Yang Solat Awal Waktu Pasti Berjaya

Tuan Mufti Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi tazkirah berkaitan..

Umum

Lalai Dengan Menunda Solat

Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin ada menerangkan mengenai hukum menunda-nunda solat. Sesungguhnya masa tidak menunggu..

Umum

Dua Rakaat Yang Dicintai Nabi

Solat Qabliyah Subuh atau lebih dikenali dengan nama Solat Fajar merupakan solat rawatib yang dilakukan seusai azan Subuh dilaungkan beriringan dengan solat fardu...

Eksklusif

Sejadah Tebal, Lembut & Selesa

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Langgan Newsletter Percuma

Jadi orang yang pertama untuk mengetahui sebarang tawaran atau promosi dari kami. Daftar segera!