Syukur Alhamdulillah. Kenapa bersyukur? Kerana mengerjakan solat sunat taubat juga adalah satu ibadah yang disukai oleh Allah SWT. Insya-Allah, menghapuskan dosa dan mendatangkan pahala.

Memang kita tidak tahu seberat manakah timbangan dosa dan pahala kita. Namun kita patut insaf bahawa melakukan perbuatan yang tidak diredai oleh Allah itu sebenarnya adalah perbuatan menzalimi diri sendiri.

“Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka…” (Ali Imran: 135)

Untuk itu, kita mengerjakan solat sunat taubat untuk memohon ampun atas dosa-dosa kita daripada Allah Yang Maha Esa, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dosa-dosa lampau itu tidak kira kecil atau besar hanya akan meremukkan jiwa raga kita sendiri, sama ada kita sedari atau tidak. Kembalilah kepada Allah, sucikan hati, sucikan diri. Menyesallah dengan sebenar-benar sesalan.

Menurut sebuah hadis riwayat Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.”

Sesungguhnya Allah Yang Maha Agung itu terlalu luas rahmat-Nya. Ruangan dan peluang untuk bertaubat sentiasa terbuka bagi sesiapa yang mahukannya.

Waktu Mendirikan Solat Sunat Taubat

Digalakkan mendirikan solat sunat taubat pada waktu dua per tiga malam atau pada waktu sahur. Boleh dilakukan sebanyak dua rakaat, empat rakaat, paling banyak adalah 12 rakaat. Rakaat sebenar tidak terbatas.

Bacaan Dalam Solat

Antara perkara yang merungsingkan kita dalam mengerjakan solat sunat taubat adalah bacaan dalam solat. Yalah, bukan semua orang berupaya menghafal kesemua ayat dalam kitab Al-Quran yang suci itu. Namun usahlah berputus asa, sebenarnya kita boleh baca ayat yang paling kita hafal.

“Dan bacalah kamu apa yang mudah daripada al-Quran.” (Al-Muzzammil: 20)

Rakaat pertama,

selepas membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun. Surah al-Kafirun mengandungi enam ayat, menegaskan tentang pendirian umat Islam terhadap agama Islam berbanding agama lain.

Rakaat kedua,

bacalah surah al-Ikhlas selepas membaca surah al-Fatihah. Surah al-Ikhlas mengandungi empat ayat, menegaskan tentang keesaan Allah Taala.

Dalam sujud akhir,

bacalah doa keampunan Nabi Yunus A.S ini sebanyak 40 kali. Baginda membacanya ketika terkurung dalam perut ikan nun:

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).”

Bacaan Zikir

Selepas memberi salam, beristighfarlah sebanyak 70 kali atau 100 kali, atau sebanyak mana anda mahu lakukan.

Bacaan Doa

“Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah, Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudarat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).

Aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Aku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!”

Semoga dengan ini, Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa kita, mempermudahkan urusan kehidupan kita, menghilangkan tekanan dalam jiwa raga dan menganugerahkan syurga-Nya buat kita.
 
 
Rujukan:
Himpunan solat-solat sunat. Susunan Kamaruddin Mahmod, Universiti Malaya.
Al-Quran Pertamaku, Juzuk Amma. Penulis: Ustaz Arsil Ibrahim. Ana Muslim Sdn Bhd
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/725-al-kafi-651-tatacara-solat-sunat-taubat
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/


Kongsikan Artikel Ini

Eksklusif

Sejadah Tebal, Lembut & Selesa

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Berkaitan


Umum

Orang Yang Solat Awal Waktu Pasti Berjaya

Tuan Mufti Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi tazkirah berkaitan..

Panduan

Cara Solat Sunat Tahajjud Yang Mudah & Ringkas

Pernahkah anda terjaga pada waktu malam secara tiba-tiba? Ha, barangkali itulah tandanya waktu terbaik untuk kita mendirikan solat sunat Tahajjud dan bermunajat kepada Allah SWT. Tahajjud adalah..

Umum

Dua Rakaat Yang Dicintai Nabi

Solat Qabliyah Subuh atau lebih dikenali dengan nama Solat Fajar merupakan solat rawatib yang dilakukan seusai azan Subuh dilaungkan beriringan dengan solat fardu...

Umum

Lalai Dengan Menunda Solat

Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin ada menerangkan mengenai hukum menunda-nunda solat. Sesungguhnya masa tidak menunggu..

Eksklusif

Sejadah Tebal, Lembut & Selesa

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Langgan Newsletter Percuma

Jadi orang yang pertama untuk mengetahui sebarang tawaran atau promosi dari kami. Daftar segera!